Monday, September 27, 2010

Ketahuilah Tentang Dadah


Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?

Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?
Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan. 

Apakah itu gian?

Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk mengambil dadah.

Apakah itu toleran?

Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan fizikal.

Apakah itu pergantungan?

Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah :
• Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah. 
• Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :
• Ponteng sekolah 
• Disiplin menurun 
• Tercicir dari persekolahan 
• Mengasingkan diri dari murid lain 
• Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb) 
• Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan 
• Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun 
• Hilang selera makan 
• Berat badan menurun 

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
• Mata merah 
• Bekas suntikan di lengan 
• Suka berhutang 
• Mencuri barang yang mudah dijual 

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?
• Berbincang dengan : 
o Ibu bapa 
o Guru kaunseling 
o Guru 
o Kawan/sahabat yang dipercayai 
o Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS) 
o Doktor 
• Kumpulan penyokong 
• Pegawai Kebajikan Masyarakat 
• Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

No comments: