DADAH.....
DAHULU..
KAU LAH YANG MENJADI KEUTAMAANKU
MENJADI PENEMANKU SEPANJANG WAKTU
TANPAMU...
KU RASA LEMAH TIDAK TERDAYA...
HINGGA AKU TERLUPA DAN TERLEKA
DEK KERANA SYURGA DUNIA
YANG KONONNYA INDAH DARI PANDANGAN MATA
TAPI SEBENARNYA HANYALAH ILUSI SEMATA
PADA MEREKA YANG AMAT MENYINTAI DIRIKU
SEADANYA...
PADA TUHAN YANG MAHA PENCIPTA
YANG BERKUASA TERHADAP MAKHLUKNYA..
HINGGA AKU BERGELUT DENGAN NODA DAN DOSA
YANG MENGHANTUI DI SETIAP URAT DAN SENDI KU
HINGGA AKU TIDAK MAMPU UNTUK MENGATAKAN BETAPA
BESARNYA DOSAKU PADAMU TUHAN..
KINI ...
KERANAMU AKU HILANG SEGALA
KELUARGAKU, RAKANKU, TETANGGAKU..
HINGGA AKU TERDAMPAR KESEORANGAN
KESUNYIAN DAN KESEPIAN
NYAHLAH KAU DARI HIDUPKU
AKU BENCI PADAMU
SESUNGGUHNYA ..
HIDUP LEBIH BERMAKNA
TANPAMU DADAH DURJANA
SEKOLAH KEBANGSAAN RASA, 44200 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
Monday, October 17, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Aktiviti PPDa di SK Rasa 2011
Murid-murid Tahun 6 sedang menyediakan Banting Gergasi yang berslogankan SEKOLAH KEBANGSAAN RASA BENCI DAN BEBAS DADAH.
Banting Gergasi ini akan di gantungkan pada banggunan utama sekolah setinggi 4 tingkat dihadapan dataran perhimpunan murid-murid sekolah dan pintu utama sekolah.Banting ini menggambarkan betapa besarnya harapan pihak sekolah dan masyarakat terhadap generasi yang akan datang bahawa mereka harus membenci najis dadah ini dan membebaskan diri mereka daripada sebarang kegiatan berkaitan najis dadah tersebut.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan bahan-bahan atau info-info berkaitan dengan najis dadah.Aktiviti yang dilakukan ialah guru-guru menyediakan bahan manakala murid-murid pula melakukan proses memotong dan menampal bahan-bahan yang berkaitan ke papan -papan info yang disediakan sekitar sekolah.
Friday, October 7, 2011
Sudut Pendidikan PPDa Di SK Rasa
Laluan 1 Malaysia
Laluan ini merupakan simbol yang mengambarkan bahawa seluruh warga SK Rasa tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu untuk membenteras dadah. Di sepanjang laluan ini di paparkan tentang betapa bahayanya dadah dan rokok . Berkonsepkan 1 Malaysia ini juga dapat dilihat melalui keperbagaian hiasan yang dihiasi sepanjang laluan ini seperti tanglung, ketupat, kolum disamping maklumat tentang bahaya dadah dan rokok
Di laluan ini terdapat simbol payung dimana melambangkan elemen keselamatan. Di sini bermulanya langkah mengawal gejala penagihan dadah yang bermula daripada tabiat merokok dalam kalangan murid-murid .
Laman Larangan Merokok
Laman larangan merokok merupakan tempat persinggahan murid ketika rehat dan pulang dari sekolah.Disitu juga terdapat maklumat tentang "TAK NAK " merokok.Sambil mereka berada di situ mereka akan tahu kesan-kesan negatif merokok.
MENARA" TAK NAK"
MENARA TAK NAK" merupakan satu lagi simbolik kepada murid-murid bahawa merokok adalah satu perbuatan yang tidak menguntungkan."TAK NAK" adalah kata-kata yang sering disebut oleh kanak-kanak jika mereka tidak menyukainya.Maka 'Tak Nak' pada rokok adalah lebih baik.Replika menara yang berbentuk 'tunggul' adalah melambangkan kesan terhadap perokok kerana tunggul akan dibiarkan saja tanpa perhatian dan akhirnya mereput.Replika sebatang 'rokok' merupakan elemen kepada permulaannya ketagihan dadah dan replika 'jarum suntikan' mengambarkan ketagihan dadah yang akan membawa bencana dalam kehidupan mereka.
PONDOK PPDa
Terdapat 3 buah pondok PPDa yang telah dibina untuk menyebarkan pengetahuan kepada murid-murid tentang kesan-kesan penyalahan penggunaan DADAH dalam kehidupan sosial mereka.Di pondok-pondok tersebut murid-murid dan guru-guru bekerjasama menyediakan maklumat-maklumat yang berguna.Murid-murid mendapat pembelajaran secara tidak formal di pondok-pondok tersebut selain daripada pembelajaran dalam bilik darjah. Reka bentuk yang dibina adalah berdasarkan kemudahan murid itu sendiri untuk mencari maklumat.Sambil mereka berbual dan bermain ketika waktu rehat murid -murid akan dapat pengetahuan secara terus tentang kesan penyalahan penggunaan DADAH.
PONDOK SESAL KEMUDIAN
Pondok Sesal Kemudian ini berkonsepkan tentang akibat yang akan berlaku sekiranya seseorang itu terjeremus di kancah penagihan dadah. Di pondok ini dipaparkan tentang gambar penagih yang dikenakan hukuman sebat di atas kesalahan mengedar dadah. Selain itu turut dipamerkan maklumat tentang info akta dadah yang boleh membawa hukuman sehingga hukuman gantung sampai mati.
PONDOK GAYA HIDUP SIHAT
Pondok Gaya Hidup Sihat ini berkonsepkan tentang gaya hidup sihat yang harus diikuti oleh murid-murid. Konsep Gaya Hidup Sihat ini dapat diterjemahkan melalui info dan deko yang terdapat dalam pondok rehat ini yang bertemakan alam semulajadi.
LALUAN JALAN TERAKHIR
LALUAN JALAN TERAKHIR satu lagi unsur pendidikan yang ada dalam sudut Pendidikan PPDa. Di laman ini beberapa unsur yang menimbulkan kesedaran yang menakutkan diambil kira. Antara unsur yang dipaparkan ialah "kubur ". Simbol kubur di paparkan kepada murid adalah untuk mendatangkan kesedaran bahawa sesiapa yang terlibat dengan dadah mereka akan mati dengan sia-sia.
Selain itu " Penjara "yang dihuni oleh seseorang adalah simbol kepada kesengsaraan yang dihadapi atau dialami sesorang yang mengedar dadah.Di samping itu "tali gantung"di tunjukkan bagi pesalah-pesalah yang mengedar dadah.Dengan tiga unsur tersebut dapat menggambarkan kepada murid-murid bahawa sesiapa yang terlibat dengan najis dadah mereka akan hidup sengsara seumur hidup.
REPLIKA SAYA BERBAHAYA
Replika 'SAYA BERBAHAYA' ini menegaskan kepada murid-murid tentang bahaya rokok. Ini dapat dilihat dengan jelas pada perkataan yang diletakkan pada tiang yang diolah menjadi seperti sebatang rokok iaitu katakan TAK NAK ROKOK
Thursday, October 6, 2011
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGAWAS PPDa SK RASA 2011
GURU PEMBIMBING
PN AFAF MOHD YUSOF
PENGERUSI
MARIAM BT SAMSUDIN
SETIAUSAHA
NURUL IZZATI BADRUL HISHAM
BENDAHARI
NORSYAZWANI MOHD ROZALI
AHLI JAWATANKUASA
AHMAD MARZUQ HASSAN
MOHD FARHAN ABD WAHAB
UMI UMAIRAH JAMALUDIN
NURUL ZUHANA ALIA ABD RAZAK
SOFWAH SOLEHAH HARNAIN
WAN NURSYAZMIN WARUZI
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa SK RASA 2011
PENGERUSI
PUAN LATIPAH BINTI ABD AZIZ
(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI
PN HJH NORLAIDA BT UNTONG
(GPK HEM )
(GPK HEM )
PN ROSMAWATI BT WAHAB
(GPK PENTADBIRAN)
(GPK PENTADBIRAN)
PN HJH RAMLAH BT KALIL
(GPK KOKURIKULUM)
(GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS
PN AFAF MOHD YUSOF
AHLI JAWATANKUASA
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
PN AFAF M YUSOF PN HJH ZAWIAH
PN AFAF M YUSOF PN HJH ZAWIAH
CIK ANUSIA PN GAN LI CHEN
PN NORASHIKIN PN FARAHYUSNIDA
CIK SOFIAH PN SHAFURA
PN SHARINI CIK MAIZIRAH
PN SHARIFFAH PN NURUL HANIM
PN ZAINAH EN AZIZ LAHAKIM
KUMPULAN 3 KUMPULAN 4
EN ANUWAR PN HJH MASTURA
EN ANUWAR PN HJH MASTURA
PN NURBAYNI EN MOHD RIZAL
EN MD ZIDEE
PN LETCHUMY
KUMPULAN 5 KUMPULAN 6
PN JAHLILILAH EN ABDUL WAHIB
PN DEVI PN NORASHIKIN
PN MARFUZAH
EN ROSLI
KUMPULAN 7 KUMPULAN 8
PN KHAIRUNISAA PN SABRINA SALWA
PN ROSNIATI CIK SAFIYAH SALIHAH
PN JAMALIAH EN BADRULDIN
EN MOHD NADZIR PN NADARIAH
PN SITI RUSILAH PN ZAMZARINA
KUMPULAN 7 KUMPULAN 8
PN KHAIRUNISAA PN SABRINA SALWA
PN ROSNIATI CIK SAFIYAH SALIHAH
PN JAMALIAH EN BADRULDIN
EN MOHD NADZIR PN NADARIAH
PN SITI RUSILAH PN ZAMZARINA
PROGRAM PPDa SK RASA SEPANJANG TAHUN 2011
Pelbagai progam PPDa SEKOLAH KEBANGSAAN RASA yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2011 ini. Program PPDa ini bukan sahaja melibatkan seluruh warga sekolah tetapi juga dari pelbagai komuniti luar seperti ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan penduduk setempat...
Sesungguhnya Program PPDa seperti ini telah banyak memberikan kesan yang positif dan kesedaran tentang bahaya dadah dan rokok kepada banyak pihak bukan sahaja kepada murid sekolah bahkan kepada penduduk setempat amnya..
Antara program yang dijalankan sepanjang tahun 2011 ialah:
' SK RASA BEBAS DADAH DAN ROKOK'

- PAMERAN PPDa YANG MELIBATKAN AGENSI LUAR SEPERTI PDRM, PUSAT SERENTI DAN AADK.
- PROGRAM 5 MINIT TANPA ROKOK DAN DADAH
- PERTANDINGAN KUIZ , DEKLAMASI SAJAK , BORIA ,BUKU SKRAP, PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA, PERTANDINGAN NASYID DAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI DIKALANGAN MURID-MURID SK RASA
- PENYEDIAAN SUDUT PPDa DI SELURUH KAWASAN SEKOLAH
- PENYERTAAN DI KARNIVAL PPDa PERINGKAT DAERAH
- KERJASAMA BERSAMA KOMUNITI 'SK RASA BEBAS DADAH'
- KESAN HELO-GAYA HIDUP SIHAT & SK RASA BEBAS DADAH
- PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA DADAH
- EXPLORACE - SAYA BEBAS DADAH
- PROGRAM GOTONG ROYONG PPDa
- PROGRAM KESIHATAN REMAJA
' SK RASA BEBAS DADAH DAN ROKOK'
Kajian-Kajian Tentang Gejala Rokok dan Dadah Dalam Kalangan Pelajar
Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.
Tembakau dan Kesan Sosial
Merokok merupakan aktiviti penggalak bagi budaya lepak yang sedang melanda golongan muda
dewasa ini. Penggunaan tembakau dengan mudah dapat menjuruskan kepada perkara-perkara
mungkar dan keruntuhan moral umat manusia dan merupakan asas bagi mencuba najis dadah.
Didapati bahawa ramai penagih dadah di negara ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai
latarbelakang keluarga yang mengalami penagihan (termasuk penagihan nikotin), ataupun keluarga
yang bermasaalah. Ibubapa merupakan orang-orang yang amat penting dalam mendidik anak-anak.
Tingkah laku ibubapa yang ketagihkan rokok akan dijadikan teladan oleh anak-anak yang
menganggapkan bahawa bahan itu perlu dan berupaya mengatasi kerunsingan. Di sebabkan
terdapat banyak persamaan dalam ciri-ciri dadah nikotin dengan heroin, maka ada kemungkinan
bagi seseorang yang mengambil dadah nikotin untuk kemudiannya bertukar untuk mengambil
dadah heroin pula.Promosi rokok melalui pengiklanan dan juga penajaan aktiviti-aktiviti sosial
seperti hiburan liar dan sukan lasak boleh mengasyikkan dan menjuruskan mereka yang terlibat ke
arah perkara-perkara maksiat. Budaya berhibur yang sedang hebat dikempenkan oleh syarikatsyarikat tembakau adalah berunsurkan konsep kebebasan, keseronokkan serta keriangan, dan semua
ini menjadi tarikan kuat bagi para remaja dan kanak-kanak. Aktiviti seperti ini mengenepikan nilainilai keislaman di mana kerap berlaku pendedahan aurat dan hilangnya batasan pergaulan lelakiperempuan.

Berita Tentang Rokok & Dadah Dalam Masyarakat
8 Pelajar Sekolah Menengah Positif Dadah
KUALA LUMPUR: Ujian air kencing yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ke atas pelajar di lima buah sekolah menengah di daerah Gombak dekat sini mendapati lapan pelajar didapati positif dadah.

Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin berkata pihaknya sudah menjalankan ujian saringan dadah di sekolah-sekolah berkenaan minggu lalu selepas mendapat maklumat daripada pihak sekolah.
“Kita lakukan ujian air kencing terhadap 200 pelajar dan didapati lapan pelajar adalah positif dadah, dan kita sebenarnya tidak akan melakukan ujian itu kepada semua pelajar sebaliknya kepada mereka yang disyaki saja, biasanya mereka yang menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas melawat AADK Daerah Gombak di sini, hari ini.
Katanya pelajar terbabit akan diberikan kaunseling di bawah program intervensi pelajar AADK.
Sementara itu, beliau berkata Gombak adalah kawasan ‘panas’ yang menjadi tumpuan AADK untuk membasmi gejala penagihan dadah. – Bernama
Sumber : Harian Metro
Penyeludup guna taktik baru rendam syabu, ditampal pada pakaian
PETALING JAYA: Penyeludup dadah, terutama dari Asia Barat dan India kini menggunakan taktik baru menyeludup syabu ke negara ini dengan merendam dadah itu dalam air untuk dijadikan cecair pekat seperti kanji dan ditampal pada pakaian sebelum dikeringkan.
Baju itu kemudian dipakai ketika memasuki negara ini dan selepas berjaya melepasi pemeriksaan, ia direndam untuk mendapatkan semula dadah sebelum diedarkan kepada sindiket pengedaran tempatan.
Taktik itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, Sabtu dan Ahad lalu berikutan kepekaan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bertugas ketika itu.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar, berkata dalam kejadian itu, pegawai kastam bertugas menyedari taktik itu ketika memeriksa tiga lelaki yang mencurigakan ketika melepasi mesin pengimbas.
“Ketika pemeriksaan, pegawai kita curiga kerana baju yang dipakai kelihatan terlalu berat dan tidak munasabah dengan saiz dan jenis kain.
“Selepas diteliti kita dapati pakaian itu keras seperti berkanji. Pegawai kita menahan lelaki itu dan memeriksa pakaiannya. Kita mendapati dadah itu direndam terlebih dan dilekatkan pada baju bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, berat dadah yang kita rampas belum dipastikan kerana perlu mengikut proses yang sama dilakukan anggota sindiket untuk mendapatkan kembali syabu yang dikeringkan itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penguatkuasaan Semalaysia KDRM dan pelancaran buku bertajuk Compendium of Customs Legislations and Cases, di sini semalam.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya menahan tiga rakyat dari negara terbabit yang menggunakan taktik itu dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Katanya, berikutan peningkatan penyeludupan dadah menggunakan pelbagai taktik, KDRM mengarahkan semua anggota memberi tumpuan dengan memeriksa secara teliti pelancong dari negara terbabit serta bagasi mereka.
Ibrahim berkata, pihaknya juga mengesan taktik menyembunyikan dadah jenis ketamine dalam kolar baju yang disimpan dalam bagasi milik seorang wanita warga India.
“Mereka memang licik. Baju yang ditemui dalam bagasi disusun rapi, tetapi menerusi alat imbasan, lebih 20 helai baju mengandungi dadah,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua taktik itu adalah antara 60 kes dadah yang berjaya dirampas membabitkan RM52 juta sepanjang tahun ini, meningkat 195 peratus berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan 31 rampasan bernilai RM17 juta.
Mengenai kenaikan harga minimum rokok mulai Jumaat ini, Ibrahim berkata pihaknya percaya lebih banyak rokok akan diseludup untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“KDRM akan meningkatkan pemantauan dengan membuat pemeriksaan, termasuk kedai kecil yang hanya menjual rokok dengan kuantiti sedikit selain menambah anggota supaya dalang utama sindiket penyeludupan rokok ditumpaskan,” katanya.
Polis Tahan 4 Lelaki terbabit dengan Dadah dan Daun Ketum
GERIK: Polis menahan empat lelaki dalam dua serbuan di sekitar kawasan sini kerana disyaki memiliki daun ketum, syabu dan ganja, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah berkata dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki lelaki di sebuah kawasan hentian rehat di sini pada pukul 6.13 pagi kerana memiliki enam guni daun ketum segar yang dianggar bernilai RM6,000.
Beliau berkata turut dirampas daripada keduadua lelaki berumur 24 dan 33 tahun itu ialah satu plastik daun ketum yang sudah dijadikan serbuk, serta syabu seberat 0.68 gram bernilai RM300.
“Siasatan awal polis mendapati seorang daripada lelaki itu yang berasal dari Terengganu membeli daun ketum itu di Alor Setar untuk dijual di Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu dalam serbuan kedua di sebuah rumah rehat, Tasik Raban, di sini, Mahad berkata polis menahan dua lelaki berumur 29 dan 36 tahun yang sedang memproses dadah jenis syabu, dalam keadaan khayal.
Beliau berkata polis turut merampas tujuh paket plastik dadah jenis syabu seberat 4.09 gram dan satu plastik dadah jenis ganja seberat 2.47 gram dalam operasi pada pukul 8.30 malam itu, yang dilancar hasil maklumat orang awam.
“Ketika diserbu keduadua lelaki itu didapati sedang memasukkan ganja dan syabu kedalam plastikplastik kecil dipercayai untuk dipasarkan di daerah ini dan Lenggong,” katanya dan menambah polis turut merampas, alat timbang, pemetik api, gunting, plastik dan sebatang besi yang dipercayai digunakan bagi memproses bahan berkenaan. BERNAMA
KUALA TERENGGANU 26 Julai - Tabiat merokok di kalangan pelajar di negara ini semakin sukar dikawal apabila terdapat sebahagian daripada mereka tanpa segan-silu melakukan perbuatan itu di kawasan sekolah. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, ramai pelajar lelaki didapati merokok termasuk di kawasan sekolah dan perkara ini perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah.
2 Pengedar Dadah Sasar Remaja Di Cekup
Pelajar semakin berani merokok di sekolah
Justeru, beliau mengarahkan semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya memastikan sekolah di kawasan masing-masing bebas daripada gejala merokok.
''Masalah ini boleh diatasi jika semua pihak termasuk ibu-bapa memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan anak tidak merokok.
''Tabiat merokok boleh menjejaskan kesihatan dan sebab itu kementerian memandang serius masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jom Tangani Stres & Tanpa Kuman Makanan Selamat Negeri Terengganu 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar, di sini hari ini.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran memandang serius masalah pelajar sekolah merokok dan dalam usaha membasmi tabiat buruk itu, pelbagai kempen anti merokok diadakan.
Terdahulu dalam ucapannya, Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu memberitahu, bagi mempromosikan Kempen Menangani Stres & Tanpa Kuman Makanan Selamat, pelbagai pendekatan digunakan termasuk melalui saluran media.
Menurutnya, untuk membolehkan masyarakat menangani tekanan, mereka memerlukan kemahiran dan keyakinan diri.
''Kita percaya aspek pendidikan kesihatan termasuk tekanan dan cara menanganinya mesti diterapkan pada peringkat awal atau semasa zaman persekolahan lagi," ujarnya.
KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.
Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.
Seludup Dadah Guna Sandal
Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu dan heroin yang disorokkan dalam tiga pasang sandal wanita berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketiga-tiga pasang sandal yang mengandungi 397 gram dadah jenis syabu bernilai RM100,000 dan 211 gram dadah jenis heroin bernilai RM40,000 itu, diletakkan dalam sebuah kotak untuk dihantar ke alamat penerima di Indonesia menggunakan perkhidmatan pos ekspres.
Tuesday, June 14, 2011
Syabu Perlu Ketahui tetapi Jangan Didekati
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
- ICE
- GLASS
- CRACK METH
- HIROPONG
- BATU (STONES)
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitui) China White
ii) Cristal Stones
Gred I - Cristal StonesSyabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
- Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
- Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
- Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
- Bersifat agresif.
- Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
- Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
- Keracunan pada sistem saraf tunjang;
- Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
- Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
- Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH | SEKSYEN | KESALAHAN | BERAT DADAH | HUKUMAN/DENDA |
Ganja | 6 | Memiliki | Ke bawah 20gm | RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A (1) | Memiliki | 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm | Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
6B | Menanam pokok ganja | Tidak kira berapa pokok | Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali | |
39B | Mengedar | 200gm ke atas | MATI | |
Candu | 9 | Memiliki | Ke bawah 100gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | Mengedar | 1000gm | MATI | |
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine | 12(2) | Memiliki | Ke bawah 2gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | MENGEDAR | 15gm ke atas | MATI | |
Ubat Batuk | 9(1) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya |
Pil | 30(3) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya |
Syabu | 12(2) | Memiliki | Kebawah 5gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | MENGEDAR | 50gm ke atas atau lebih | MATI |
Subscribe to:
Posts (Atom)