Thursday, October 6, 2011

Kajian-Kajian Tentang Gejala Rokok dan Dadah Dalam Kalangan Pelajar

Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah  

Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah  dan judi  bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328   kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara  jenis-jenis dadah yang  dikesan  dikalangan pelajar ialah  ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar  ditahan dalam serbuan polis  yang disyaki ponteng dan menghidu gam. 
Masalah merokok di  kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian  bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri.  Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan  emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba,  dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan  serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang  lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup  setelah dari dari rumah seperti   terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya. 






Tembakau dan Kesan Sosial




Merokok merupakan aktiviti penggalak bagi budaya lepak yang sedang melanda golongan muda
dewasa ini. Penggunaan tembakau dengan mudah dapat menjuruskan kepada perkara-perkara
mungkar dan keruntuhan moral umat manusia dan merupakan asas bagi mencuba najis dadah.
Didapati bahawa ramai penagih dadah di negara ini adalah terdiri dari mereka yang mempunyai
latarbelakang keluarga yang mengalami penagihan (termasuk penagihan nikotin), ataupun keluarga
yang bermasaalah. Ibubapa merupakan orang-orang yang amat penting dalam mendidik anak-anak.
Tingkah laku ibubapa yang ketagihkan rokok akan dijadikan teladan oleh anak-anak yang
menganggapkan bahawa bahan itu perlu dan berupaya mengatasi kerunsingan. Di sebabkan
terdapat banyak persamaan dalam ciri-ciri dadah nikotin dengan heroin, maka ada kemungkinan
bagi seseorang yang mengambil dadah nikotin untuk kemudiannya bertukar untuk mengambil
dadah heroin pula.Promosi rokok melalui pengiklanan dan juga penajaan aktiviti-aktiviti sosial
seperti hiburan liar dan sukan lasak boleh mengasyikkan dan menjuruskan mereka yang terlibat ke
arah perkara-perkara maksiat. Budaya berhibur yang sedang hebat dikempenkan oleh syarikatsyarikat tembakau adalah berunsurkan konsep kebebasan, keseronokkan serta keriangan, dan semua
ini menjadi tarikan kuat bagi para remaja dan kanak-kanak. Aktiviti seperti ini mengenepikan nilainilai keislaman di mana kerap berlaku pendedahan aurat dan hilangnya batasan pergaulan lelakiperempuan.






No comments: