Friday, October 7, 2011

Sudut Pendidikan PPDa Di SK Rasa


Laluan 1 Malaysia

Laluan ini merupakan simbol yang mengambarkan bahawa seluruh warga SK Rasa tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu untuk membenteras  dadah. Di sepanjang laluan ini di paparkan tentang betapa bahayanya dadah dan rokok . Berkonsepkan 1 Malaysia ini juga dapat dilihat melalui keperbagaian hiasan yang dihiasi sepanjang laluan ini seperti tanglung, ketupat, kolum disamping maklumat tentang bahaya dadah dan rokok  




Di laluan ini terdapat simbol payung dimana melambangkan elemen  keselamatan. Di sini bermulanya langkah mengawal gejala penagihan dadah yang bermula daripada tabiat merokok dalam kalangan murid-murid .






Laman Larangan Merokok


Laman larangan merokok merupakan tempat persinggahan murid ketika rehat dan pulang dari sekolah.Disitu juga terdapat maklumat tentang "TAK NAK " merokok.Sambil mereka berada di situ mereka akan tahu kesan-kesan negatif merokok.









MENARA" TAK NAK"


MENARA TAK NAK" merupakan satu lagi simbolik kepada murid-murid bahawa merokok adalah satu perbuatan yang tidak menguntungkan."TAK NAK" adalah kata-kata yang sering disebut oleh kanak-kanak jika mereka tidak menyukainya.Maka 'Tak Nak' pada rokok adalah lebih baik.Replika menara yang berbentuk 'tunggul' adalah melambangkan kesan terhadap perokok kerana tunggul akan dibiarkan saja tanpa perhatian dan akhirnya mereput.Replika sebatang 'rokok' merupakan elemen kepada permulaannya ketagihan dadah dan replika 'jarum suntikan' mengambarkan ketagihan dadah yang akan membawa bencana dalam kehidupan mereka.


PONDOK PPDa


Terdapat 3 buah pondok PPDa yang telah dibina untuk menyebarkan pengetahuan kepada murid-murid tentang kesan-kesan penyalahan penggunaan DADAH dalam kehidupan sosial  mereka.Di pondok-pondok tersebut murid-murid dan guru-guru bekerjasama menyediakan maklumat-maklumat yang berguna.Murid-murid mendapat pembelajaran secara tidak formal di pondok-pondok tersebut selain daripada pembelajaran dalam bilik darjah. Reka bentuk yang dibina adalah berdasarkan kemudahan murid itu sendiri untuk mencari maklumat.Sambil mereka berbual dan bermain ketika waktu rehat murid -murid akan dapat pengetahuan secara terus tentang kesan penyalahan penggunaan DADAH.




PONDOK SESAL KEMUDIAN

Pondok Sesal Kemudian ini berkonsepkan tentang akibat yang akan berlaku sekiranya seseorang itu terjeremus di kancah penagihan dadah. Di pondok ini dipaparkan tentang gambar penagih yang dikenakan hukuman sebat di atas kesalahan mengedar dadah. Selain itu turut dipamerkan maklumat tentang info akta dadah yang boleh membawa hukuman sehingga hukuman gantung sampai mati.


PONDOK GAYA HIDUP SIHAT

Pondok Gaya Hidup Sihat ini berkonsepkan tentang gaya hidup sihat yang harus diikuti oleh murid-murid. Konsep Gaya Hidup Sihat ini dapat diterjemahkan melalui info dan deko yang terdapat dalam pondok rehat ini yang bertemakan alam semulajadi. 



LALUAN JALAN TERAKHIR

LALUAN JALAN TERAKHIR  satu lagi unsur pendidikan yang ada dalam sudut Pendidikan PPDa. Di laman ini beberapa unsur yang menimbulkan kesedaran yang menakutkan diambil kira. Antara unsur yang dipaparkan ialah "kubur ". Simbol kubur di paparkan kepada murid adalah untuk mendatangkan kesedaran bahawa sesiapa yang terlibat dengan dadah mereka akan mati dengan sia-sia.


 Selain itu " Penjara "yang dihuni oleh seseorang adalah simbol kepada kesengsaraan yang dihadapi atau dialami sesorang yang mengedar dadah.Di samping itu                "tali gantung"di tunjukkan bagi pesalah-pesalah yang mengedar dadah.Dengan tiga unsur tersebut dapat menggambarkan kepada murid-murid bahawa sesiapa yang terlibat dengan najis dadah mereka akan hidup sengsara seumur hidup.

 



REPLIKA SAYA BERBAHAYA

Replika 'SAYA BERBAHAYA' ini menegaskan kepada murid-murid tentang bahaya rokok. Ini dapat dilihat dengan jelas pada perkataan yang diletakkan pada tiang yang diolah menjadi seperti sebatang rokok iaitu katakan  TAK NAK ROKOK











No comments: