Thursday, October 6, 2011

Berita Tentang Rokok & Dadah Dalam Masyarakat


8 Pelajar Sekolah Menengah Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ke atas pelajar di lima buah sekolah menengah di daerah Gombak dekat sini mendapati lapan pelajar didapati positif dadah.
Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin berkata pihaknya sudah menjalankan ujian saringan dadah di sekolah-sekolah berkenaan minggu lalu selepas mendapat maklumat daripada pihak sekolah.
“Kita lakukan ujian air kencing terhadap 200 pelajar dan didapati lapan pelajar adalah positif dadah, dan kita sebenarnya tidak akan melakukan ujian itu kepada semua pelajar sebaliknya kepada mereka yang disyaki saja, biasanya mereka yang menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas melawat AADK Daerah Gombak di sini, hari ini.
Katanya pelajar terbabit akan diberikan kaunseling di bawah program intervensi pelajar AADK.
Sementara itu, beliau berkata Gombak adalah kawasan ‘panas’ yang menjadi tumpuan AADK untuk membasmi gejala penagihan dadah. – Bernama
Sumber : Harian Metro



Penyeludup guna taktik baru rendam syabu, ditampal pada pakaian
PETALING JAYA: Penyeludup dadah, terutama dari Asia Barat dan India kini menggunakan taktik baru menyeludup syabu ke negara ini dengan merendam dadah itu dalam air untuk dijadikan cecair pekat seperti kanji dan ditampal pada pakaian sebelum dikeringkan.
Baju itu kemudian dipakai ketika memasuki negara ini dan selepas berjaya melepasi pemeriksaan, ia direndam untuk mendapatkan semula dadah sebelum diedarkan kepada sindiket pengedaran tempatan.
Taktik itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, Sabtu dan Ahad lalu berikutan kepekaan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bertugas ketika itu.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar, berkata dalam kejadian itu, pegawai kastam bertugas menyedari taktik itu ketika memeriksa tiga lelaki yang mencurigakan ketika melepasi mesin pengimbas.
“Ketika pemeriksaan, pegawai kita curiga kerana baju yang dipakai kelihatan terlalu berat dan tidak munasabah dengan saiz dan jenis kain.
“Selepas diteliti kita dapati pakaian itu keras seperti berkanji. Pegawai kita menahan lelaki itu dan memeriksa pakaiannya. Kita mendapati dadah itu direndam terlebih dan dilekatkan pada baju bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, berat dadah yang kita rampas belum dipastikan kerana perlu mengikut proses yang sama dilakukan anggota sindiket untuk mendapatkan kembali syabu yang dikeringkan itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penguatkuasaan Semalaysia KDRM dan pelancaran buku bertajuk Compendium of Customs Legislations and Cases, di sini semalam.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya menahan tiga rakyat dari negara terbabit yang menggunakan taktik itu dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Katanya, berikutan peningkatan penyeludupan dadah menggunakan pelbagai taktik, KDRM mengarahkan semua anggota memberi tumpuan dengan memeriksa secara teliti pelancong dari negara terbabit serta bagasi mereka.
Ibrahim berkata, pihaknya juga mengesan taktik menyembunyikan dadah jenis ketamine dalam kolar baju yang disimpan dalam bagasi milik seorang wanita warga India.
“Mereka memang licik. Baju yang ditemui dalam bagasi disusun rapi, tetapi menerusi alat imbasan, lebih 20 helai baju mengandungi dadah,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua taktik itu adalah antara 60 kes dadah yang berjaya dirampas membabitkan RM52 juta sepanjang tahun ini, meningkat 195 peratus berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan 31 rampasan bernilai RM17 juta.
Mengenai kenaikan harga minimum rokok mulai Jumaat ini, Ibrahim berkata pihaknya percaya lebih banyak rokok akan diseludup untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“KDRM akan meningkatkan pemantauan dengan membuat pemeriksaan, termasuk kedai kecil yang hanya menjual rokok dengan kuantiti sedikit selain menambah anggota supaya dalang utama sindiket penyeludupan rokok ditumpaskan,” katanya.
Polis Tahan 4 Lelaki terbabit dengan Dadah dan Daun Ketum

GERIK: Polis menahan empat lelaki dalam dua serbuan di sekitar kawasan sini kerana disyaki memiliki daun ketum, syabu dan ganja, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Mahad Nor Abdullah berkata dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki lelaki di sebuah kawasan hentian rehat di sini pada pukul 6.13 pagi kerana memiliki enam guni daun ketum segar yang dianggar bernilai RM6,000.
Beliau berkata turut dirampas daripada keduadua lelaki berumur 24 dan 33 tahun itu ialah satu plastik daun ketum yang sudah dijadikan serbuk, serta syabu seberat 0.68 gram bernilai RM300.
“Siasatan awal polis mendapati seorang daripada lelaki itu yang berasal dari Terengganu membeli daun ketum itu di Alor Setar untuk dijual di Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu dalam serbuan kedua di sebuah rumah rehat, Tasik Raban, di sini, Mahad berkata polis menahan dua lelaki berumur 29 dan 36 tahun yang sedang memproses dadah jenis syabu, dalam keadaan khayal.
Beliau berkata polis turut merampas tujuh paket plastik dadah jenis syabu seberat 4.09 gram dan satu plastik dadah jenis ganja seberat 2.47 gram dalam operasi pada pukul 8.30 malam itu, yang dilancar hasil maklumat orang awam.
“Ketika diserbu keduadua lelaki itu didapati sedang memasukkan ganja dan syabu kedalam plastikplastik kecil dipercayai untuk dipasarkan di daerah ini dan Lenggong,” katanya dan menambah polis turut merampas, alat timbang, pemetik api, gunting, plastik dan sebatang besi yang dipercayai digunakan bagi memproses bahan berkenaan. BERNAMA





Pelajar semakin berani merokok di sekolah

KUALA TERENGGANU 26 Julai - Tabiat merokok di kalangan pelajar di negara ini semakin sukar dikawal apabila terdapat sebahagian daripada mereka tanpa segan-silu melakukan perbuatan itu di kawasan sekolah.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, ramai pelajar lelaki didapati merokok termasuk di kawasan sekolah dan perkara ini perlu dibendung sebelum menjadi lebih parah.
Justeru, beliau mengarahkan semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya memastikan sekolah di kawasan masing-masing bebas daripada gejala merokok.
''Masalah ini boleh diatasi jika semua pihak termasuk ibu-bapa memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan anak tidak merokok.
''Tabiat merokok boleh menjejaskan kesihatan dan sebab itu kementerian memandang serius masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jom Tangani Stres & Tanpa Kuman Makanan Selamat Negeri Terengganu 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar, di sini hari ini.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran memandang serius masalah pelajar sekolah merokok dan dalam usaha membasmi tabiat buruk itu, pelbagai kempen anti merokok diadakan.
Terdahulu dalam ucapannya, Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu memberitahu, bagi mempromosikan Kempen Menangani Stres & Tanpa Kuman Makanan Selamat, pelbagai pendekatan digunakan termasuk melalui saluran media.
Menurutnya, untuk membolehkan masyarakat menangani tekanan, mereka memerlukan kemahiran dan keyakinan diri.
''Kita percaya aspek pendidikan kesihatan termasuk tekanan dan cara menanganinya mesti diterapkan pada peringkat awal atau semasa zaman persekolahan lagi," ujarnya.


2 Pengedar Dadah Sasar Remaja  Di Cekup
KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.
Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.
Seludup Dadah Guna Sandal

Cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu dan heroin yang disorokkan dalam tiga pasang sandal wanita berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketiga-tiga pasang sandal yang mengandungi 397 gram dadah jenis syabu bernilai RM100,000 dan 211 gram dadah jenis heroin bernilai RM40,000 itu, diletakkan dalam sebuah kotak untuk dihantar ke alamat penerima di Indonesia menggunakan perkhidmatan pos ekspres.

No comments: